EMPAT maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan sebuah ambulans yang dipandu laju sebelum terbabas lalu merempuh pondok tol Shiroor di Karnataka, India pada Rabu lalu.
Memetik laporan Times Of India, terdapat lapan orang di dalam ambulans tersebut yang dalam perjalanan membawa seorang pesakit dari sebuah hospital swasta di Honnavar ke hospital di Udupi.
Pesakit bernama Gajanana Naik, 45, maut dalam kemalangan tersebut, manakala empat yang lain turut dilaporkan cedera termasuk seorang parah.
@utusantvofficial AMARAN! Video dipaparkan mungkin mengandungi imej yang mengganggu emosi. Kejadian pondok tol Shiroor di Karnataka, India. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok
♬ Mysterious – Andreas Scherren
Baca artikel berkaitan: Lelaki mabuk duduk atas bumbung Toyota Vellfire ditahan
Kejadian berlaku semasa ambulans tersebut menghampiri kawasan kejadian sebelum seorang kakitangan plaza tol menyangkakan kenderaan itu mengalami masalah brek dan bergegas keluar bagi mengalihkan penghadang jalan.
Namun, pemandu ambulans tiba-tiba menekan brek dalam keadaan jalan basah sebelum terbabas dan merempuh pondok tol.
Ambulans itu berpusing dan terbalik menyebabkan pesakit tercampak keluar.
Pekerja tol yang turut dirempuh ambulans tersebut mengalami kecederaan, tetapi dilaporkan selamat.
Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis Byndoor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram