JDT terima sentuhan Venezuela, lantik Hector Bidoglio

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS secara rasmi ‘berpisah’ dengan Benjamin Mora, semalam, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) mengumumkan pelantikan jurulatih baharu, Hector Bidoglio untuk mengendalikan Harimau Selatan.

Dalam hantaran di media sosial, JDT memaklumkan pelantikan jurulatih dari Venezuela itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut JDT, Bidoglio telah memulakan karier kejurulatihan dengan salah satu kelab terkemuka Argentina iaitu Newell’s Old Boys.

Kelab berkenaan telah melahirkan ramai pemain berbakat Argentina termasuk Gabriel Batistuta; Walter Samuel; Roberto Sensini dan bekas Pengurus Paris St-Germain, Mauricio Pochettino.

Malah, pemenang Anugerah Ballon d’Or sebanyak enam kali iaitu Lionel Messi juga memulakan kariernya bersama skuad belia Newell’s Old Boys.

JDT memberitahu, Bidoglio juga pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

Baca artikel berkaitan: Era berakhir, Benjamin Mora sah tinggalkan JDT

“Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis.

“Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor, Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada tahun 2009,” katanya dalam hantaran tersebut.

Semalam, JDT mengumumkan Benjamin Mora sah meninggalkan pasukan itu secara rasmi bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Skuad Harimau Selatan turut menyifatkan Mora sebagai jurulatih paling berjaya apabila membantu kelab tersebut menjulang empat kejuaraan Liga Super, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia di samping membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

Jurulatih berusia 43 tahun dari Mexico itu telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan selaku jurulatih kelab berkenaan sejak tahun 2017 dan memenangi 102 perlawanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This