Era berakhir, Benjamin Mora sah tinggalkan JDT

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETIADAAN Benjamin Mora dalam dua perlawanan terakhir Johor Darul Ta’zim FC (JDT) akhirnya terjawab selepas pengendali berasal dari Mexico itu sah meninggalkan Harimau Selatan.

Perkara itu dimaklumkan secara rasmi dalam laman sosial JDT, hari ini.

Dalam hantaran tersebut, JDT memaklumkan Mora telah meminta untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.

JDT turut mengucapkan terima kasih kepada Mora atas khidmat bakti dan sentiasa terbuka untuk menerima kembali kehadiran pada masa akan datang.

“Kelab Bolasepak JDT mengucapkan terima kasih kepada beliau atas khidmat baktinya.

“Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.

“JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang,” katanya dalam hantaran tersebut.

JDT turut menyifatkan Mora sebagai jurulatih Harimau Selatan yang paling berjaya apabila membantu kelab tersebut menjulang empat kejuaraan Liga Super, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia di samping membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

Baca artikel berkaitan: Sabah terus kejar JDT di puncak Liga Super, tewaskan Terengganu 2-1 malam ini

Jurulatih berusia 43 tahun itu telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan selaku jurulatih kelab berkenaan sejak tahun 2017 dan memenangi 102 perlawanan.

Ketiadaan beliau dalam dua perlawanan terakhir JDT iaitu ketika berdepan Penang FC dalam saingan Liga Super dan suku akhir Piala FA menentang Melaka United mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penyokong Harimau Selatan.

Khabar angin berlegar di media sosial yang mendakwa salah sebuah pasukan Liga Malaysia dalam proses menamatkan khidmat seorang jurulatih disebabkan masalah tertentu menguatkan lagi andaian berkenaan.

Difahamkan, JDT sudah pun mempunyai pengganti dengan skuad tersebut bakal kembali menerima sentuhan jurulatih dari Argentina.

JDT bakal beraksi di pusingan 16 terbaik dalam Liga Juara-Juara AFC menentang Urawa Reds dari Jepun pada 19 Ogos ini yang dijadualkan berlangsung di Saitama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This