Ainul Mardhiah kini tenat – ibu

Dari Penulis

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin yang kisahnya pernah mendapat perhatian ramai kerana ketumbuhan pada mulutnya, dilapor dalam keadaan kritikal dan tenat.

Perkembangan itu dimaklumkan ibunya Nurul Erwani Zaidi, menerusi catatan Instagram miliknya.

Menjelaskannya, dia memberitahu anaknya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Nurul Erwani berkata, anak perempuannya mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit dalam masa sehari sebelum dikejarkan ke hospital.

“Hari kedua, mama tengok Ainul sudah tidak bermaya sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ini dan terus bawa ke Jabatan Kecemasan.

“Doktor buat prosedur dan beritah rupanya Ainul tenat kerana jangkitan sudah merebak ke semua tempat,” katanya hari ini.

Nurul Erwani dalam pada itu meminta rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan anak perempuannya kerana ketika ini satu badannya dipenuhi wayar..

“Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ini. Doakan ya semua,” tulisnya lagi.

Penderitaan Ainul Mardhiah bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia di negara ini malah pengamal perubatan Dr Nur Amalina Che Bakri yang berada di London, United Kingdom (UK), turut membantu menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan dialami Ainul Mardhiah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This