- Gambar Astro Awani

SEORANG jurulatih penerbangan maut, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di Ipoh malam ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Dalam laporan awal, sebuah pesawat ringan terhempas di tepi jalan raya berhampiran Sungai Rokam, Medan Gopeng, di Ipoh.

Beberapa gambar dan video yang menunjukkan pesawat berwarna biru dan putih itu terjunam serta sebahagian pesawat mengalami kerosakan tular menerusi media sosial.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 8.10 malam.

Beliau berkata sehubungan itu, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh digegaskan ke lokasi bagi operasi menyelamat.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah pesawat ringan telah terhempas dan terdapat dua orang mangsa. Kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati seorang daripada mangsa berjaya dikeluarkan dari pesawat itu dan kemudian dibawa menaiki ambulans.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram