Tangkap layar rakaman suspek yang diburu polis susulan memecah cermin kereta milik seorang wanita.

SEORANG samseng yang memecahkan cermin kereta Perodua Axia dipandu wanita pada Khamis lalu di Simpang Empat Limbat, Kota Bharu berjaya ditahan polis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata, suspek Mohd Nasir Husain berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya dekat Nilam Puri pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan reman empat hari bemula hari ini dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Siasatan mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau iaitu satu berkaitan jenayah manakala selebihnya berkaitan dadah dan polis turut merampas pisau yang digunakan ketika hari kejadian.

“Bagaimanapun, hasil ujian air kencing mendapati negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Samseng pecah cermin kereta wanita hilangkan diri diburu polis

Kelmarin, UtusanTV melaporkan mangsa telah dihimpit oleh sebuah Toyota Vios yang dipandu suspek seorang lelaki Melayu yang tidak dikenali.

Suspek telah bertindak menghalang laluan dan berhenti di tengah jalan lalu menghampiri kereta mangsa.

Suspek juga bertindak memecahkan cermin kereta dan mengugut mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram