Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia

Dari Penulis

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

Menurut kenyataan di Facebook rasminya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

“Sejurus selepas pengurusan di Masjid Umar Al Khattab, jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

“Atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam,” kata kenyataan menerusi Facebook rasminya itu.

Abdul Khalid, 76, tahun meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak dan dua cucu.

BERITA BERKAITAN Pelbagai pemimpin ucap takziah pemergian Abdul Rahman

Pada 23 April lalu, Abdul Khalid dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat jangkitan kuman pada injap jantung.

Pada 24 Julai pula, beliau menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-14 pada 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan dan menerajui Selangor sehingga 22 September 2014.

Beliau adalah menteri besar Selangor yang pertama daripada parti pembangkang Pakatan Harapan (PH) bagi menggantikan Dr Mohamad Khir Toyo.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This