KERTAS kerja mengenai kajian kadar elaun sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dibentangkan kepada Kabinet hujung bulan ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata kajian berkenaan bukan sahaja melibatkan kadar elaun sara hidup pelajar di United Kingdom, Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun, bahkan turut membabitkan pelajar dalam negara.

Menurutnya kajian dilakukan memandangkan ramai pelajar terkesan dengan kos sara hidup di negara tersebut yang membabitkan bekalan elektrik, air, gas, pengangkutan awam dan sewa rumah.

“Dahulu sewa rumah seorang boleh dapat (sekitar) £80 (RM434.99) ke £120 (RM652.42) seminggu, (tetapi) sekarang tidak boleh dapat harga begitu,” katanya kepada pemberita selepas penutup Program Seminar dan Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Kuala Lumpur hari ini.

BERITA BERKAITAN Kadar elaun pelajar luar negara tajaan Mara akan dikaji – Mahdzir

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kebolehpasaran siswazah Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan profesional yang dilahirkan MARA berjaya mencapai hingga 94 peratus, sekali gus membuktikan siswazah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) memiliki ciri holistik dan kemahiran asas tinggi bertepatan kehendak industri. 

Sementara itu, mengenai program berkenaan, Mahdzir berkata lebih 1,500 peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi disediakan oleh 10 syarikat kepada siswazah MARA dengan seramai 1,200 siswazah telah mendapat padanan kerjaya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram