- Gambar hiasan Freepik

DUA penganggur ditahan selepas terlibat dalam kes samun seorang wanita dengan bersenjatakan pemotong sayur di sebuah pasar raya 24 jam di Ampang Mewah, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, mangsa telah membuat laporan pada pukul 3.33 pagi hari kejadian.

Katanya, suspek telah mengambil wang tunai sebanyak RM331 dari kaunter bayaran.

“Hasil risikan kedua-dua suspek masing-masing berusia 26 tahun telah ditahan dalam serbuan di Taman Sri Watan dan Bandar Baru Ampang pada pukul 1.15 pagi tadi.

“Semakan mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, turut dirampas senjata, pakaian dan kenderaan yang digunakan sewaktu kejadian.

“Modus operandi suspek dipercayai dengan melakukan samun seorang diri dan membahagi wang hasil samun kepada seorang lagi suspek,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : Empat lelaki samun kedai sekitar Ampang tumpas

Tambahnya, polis percaya dengan tangkapan kedua-dua suspek telah berjaya menyelesaikan dua lagi kes kecurian kedai emas di sekitar Ampang.

Suspek kini ditahan reman dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram