Komitmen kerajaan pastikan strategi terbaik tangani tuntutan Sulu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN komited memastikan strategi terbaik dilaksanakan bagi menangani isu tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu termasuk penubuhan Pasukan Khas Bagi Menangani Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu Terhadap Kerajaan Malaysia.

Secara umumnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan kerajaan akan memastikan kemenangan demi kepentingan dan kedaulatan negara tetap terpelihara.

Menurut beliau, kerajaan juga yakin bahawa semua tindakan dan strategi yang sedang serta akan dilaksanakan akan membuahkan hasil positif dengan sokongan semua pihak khususnya rakyat Malaysia.

“Pasukan Khas Bagi Menangani Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu Terhadap Kerajaan Malaysia telah mengadakan mesyuarat pertamanya, kelmarin.

“Antara perkara dibincangkan adalah berkaitan tindakan undang-undang yang telah diambil Kerajaan Malaysia di Sepanyol dan Perancis bagi menangani tuntutan tersebut.

“Selain daripada itu, isu pembayaran wang serahan berjumlah 5,300 dolar setahun turut dibincangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan sendiri Wan Junaidi dan dihadiri semua ahli pasukan khas yang telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 22 Julai lalu.

Baca artikel berkaitan: Tuntutan kumpulan Sulu: PM beri jaminan lindungi aset negara

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, Final Award yang telah dikeluarkan Mahkamah Arbitrasi Paris pada 28 Februari lalu tidak menyentuh isu pengambilan wilayah Sabah atau kedaulatan negeri itu oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

Kata beliau, pasukan khas turut mengambil maklum bahawa pelantikan Dr Gondoza Stampa sebagai penimbang tara dan kesemua tindakan bersifat prosedur yang dibuat olehnya telah dibatalkan berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi Madrid juga telah mengeluarkan keputusan bahawa Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan pada 25 Mei 2020 oleh Dr. Stampa adalah tidak sah dan terbatal.

“Kerajaan juga telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan Exequatur Order dan seterusnya permohonan bagi menggantung penguatkuasaannya.

“Permohonan kerajaan bagi menggantung penguatkuasaan Exequatur Order tersebut telah dibenarkan oleh Mahkamah Perancis pada 16 Disember 2021.

“Seterusnya, kerajaan telah membuat permohonan membatalkan Final Award yang dikeluarkan Dr. Stampa pada 28 Februari dan juga permohonan bagi menggantung penguatkuasaan Final Award tersebut di Mahkamah Perancis.

“Mahkamah tersebut telah membenarkan permohonan bagi menggantung penguatkuasaan Final Award tersebut pada 12 Julai 2022,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This