Puteri Sarah titip pesanan buat Mizz Nina – “Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar…,”

Dari Penulis

KISAH perceraian Noh Salleh dan Mizz Nina bukan sahaja mengejutkan peminat malah rakan artis juga turut sama ‘terpukul’ dengan berita tersebut.

Ramai yang menitipkan kata-kata positif dan memberikan semangat untuk Mizz Nina termasuklah pelakon Puteri Sarah Liyana.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh, Mizz Nina sahkan sudah bercerai selepas 11 tahun hidup bersama

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Puteri Sarah berharap Mizz Nina yang juga aktivis kemanusiaan tabah mendepani ujian yang menimpa dirinya.

“Saya antara peminat dan sentiasa mengidolakan kamu. Semoga terus kuat. Sesungguhnya, Allah bersama orang yang sabar,” tulisnya.

Semalam, Noh dan Mizz Nina mengesahkan mereka sudah bercerai dan kini membawa haluan masing-masing.

Biarpun sudah tidak lagi sebumbung, namun mereka masih mengekalkan hubungan baik sebagai rakan.

Mereka dikatakan bercerai pada 3 Ogos lalu di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2 Julai 2011.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This