RM50 juta mulakan perniagaan mikro bawah PEMULIH NewBiz – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BERITA baik kepada individu termasuk graduan yang ingin memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah apabila kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta di bawah Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2022 (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz melalui Agrobank itu akan menawarkan pembiayaan sebanyak RM5,000 bagi peringkat pertama dan RM10,000 untuk peringkat kedua.

Kata beliau, pembiayaan itu bertujuan memberi kemudahan kepada usahawan membeli mesin bagi perniagaan makanan atau pembelian motosikal untuk penghantaran makanan menerusi platform e-hailing dan seumpamanya.

“Di bawah program ini, pemohon diberikan moratorium bagi tempoh enam bulan pertama dan dikenakan tiga peratus kadar keuntungan bagi bulan ketujuh dengan maksimum pembiayaan sehingga 60 bulan atau lima tahun.

“Kerajaan akan terus memainkan peranan efektif dengan kerjasama semua pihak dalam menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat pada harga berpatutan secara berterusan untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan perkenal Skim Insurans Takaful Agromakanan – PM

“Saya ingin mengingatkan kejayaan untuk memantapkan jaminan sekuriti makanan di masa hadapan serta memajukan dan mentransformasi sektor agromakanan merupakan tanggungjawab kita bersama sebagai Keluarga Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tambahan dana RM200 juta di bawah Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM).

Kata beliau, tambahan dana pembiayaan kos rendah itu menjadikan jumlah keseluruhan RM1 bilion bagi manfaat seluruh komuniti pertanian agromakanan dilaksanakan ekoran sambutan yang memberangsangkan.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Agrobank telah memperuntukkan sebanyak RM800 juta kepada komuniti pertanian di bawah DPAKM bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara.

“Agrobank juga akan menubuhkan sebuah entiti pelaburan khusus dalam masa terdekat untuk sektor pertanian bagi meningkatkan pelaburan domestik dalam sektor agromakanan negara,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This