Empat hari ‘tanggung derita’, pesara tentera parah ditetak meninggal dunia

Dari Penulis

SETELAH empat hari menerima rawatan akibat ditetak dengan pedang di Sungai Petani, di Kedah, seorang pesara tentera yang bertugas sebagai pengawal keselamatan akhirnya meninggal dunia hari ini.


Mangsa, Ismail Ahmad, 58, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini pada pukul 6.15 petang ini. 


Ismail dimasukkan ke hospital itu akibat cedera parah di kepala dan tangan kiri selepas ditetak dengan pedang oleh seorang lelaki pada 4 Ogos lalu.


Dia ketika itu sedang bertugas di tapak projek perumahan di Bukit Bayan, menegur suspek yang menunggang motosikal secara berbahaya di dalam kawasan projek perumahan terbabit.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan kematian mangsa dan pihaknya kini sedang menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan di hospital sama.

Sebelum itu, seorang lelaki hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas pertuduhan mencederakan mangsa.


Tertuduh, R. Subramaniam, 41, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.


Dia didapati dengan niat menyebabkan cedera parah terhadap Ismail menggunakan sebilah pedang di kawasan pos pengawal di tapak projek perumahan Siera 4, Bukit Bayan di sini, pada pukul 4.40 petang, 4 Ogos lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This