Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah hari ini

Dari Penulis

DUA Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mereka ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Johor, Datuk Lim Pay Hen dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Datuk Ahmad Ibrahim.

Lim adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa pada 26 Jun 2022 hingga 25 Jun 2025 manakala Ahmad adalah lantikan baharu oleh DUN Sarawak berkuat kuasa mulai 22 Julai 2022 hingga 21 Julai 2025.

Kedua-dua mereka mengangkat sumpah sebagai Senator sebelum sesi soal jawab di Dewan Negara.

Baca artikel berkaitan: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai meninggal dunia

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan dua Ahli Dewan Negara itu mengingatkan mereka supaya memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai Senator sebaiknya termasuk dalam usaha mentransformasi Parlimen.

“Dewan Negara ketika ini sedang melalui fasa transformasi yang memerlukan penglibatan penyertaan aktif para senatornya secara menyeluruh agar peranan Dewan ini dalam memperjuangkan suara rakyat menjadi tersohor dan berkesan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This