Kerajaan digesa tubuh RCI siasat skandal LCS – Wan Saiful

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian enam buah kapal littoral combat ship (LCS) atau kapal tempur pesisir.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, LCS sepatutnya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru katanya, hanya melalui RCI yang telus dan berwibawa maka petualang di sebalik skandal ini akan dapat didedahkan dan dikenakan tindakan sewajarnya demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara tidak dikompromi.

“RCI ini akan memastikan ketelusan dalam siasatan, dan tiada apa-apa disembunyikan oleh mereka yang bersekongkol dengan rasuah dan perasuah.

“Saya juga menyokong tindakan SPRM menyiasat perkara ini. SPRM mesti diberikan kebebasan dan kuasa untuk menyiasat sepenuhnya.

“Apa yang membimbangkan ialah ‘tangan-tangan ghaib’ di sebalik skandal ini sedang cuba mengelak dan enggan bertanggungjawab ke atas skandal ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca: Pengerusi PTPTN: Apli Yusoff ganti Wan Saiful

Kata beliau, sedangkan semua rakyat tahu mereka dan kuncu-kuncu mereka tidak malu langsung untuk merompak harta negara untuk dijadikan gula dan minyak yang memperkayakan diri.

“Jika tiada siasatan telus yang dijalankan, skandal pembelian LCS ini akan menjadi salah satu skandal mega sebagaimana 1MDB yang telah mencemarkan nama negara di mata dunia dan mengaitkan Malaysia dengan skandal korupsi.

“Lebih buruk lagi jika ada usaha secara aktif untuk menyembunyikan apa-apa salah laku,” tegasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

DBKL diberi peringatan, perketat kawal selia pembangunan berhampiran kolam takungan air

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi peringatan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan dan kawal...

More Articles Like This