Dua lelaki pecah rumah pegawai makmal dicekup

Dari Penulis

DUA lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang, ditahan polis pada 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan kes pecah rumah di Taman Dato Hormat, Telok Panglima Garang daripada seorang pegawai makmal pada Isnin lalu.

Beliau berkata, mangsa kehilangan sebuah komputer riba, tiga buah unit telefon bimbit, sebentuk loket emas, sebuah pemacu pena dan wang tunai bernilai RM200.

Bertindak atas maklumat, dua suspek warga tempatan masing-masing berusia 33 dan 40 tahun ditahan dan hasil tangkapan membawa kepada penemuan barang disyaki hasil daripada kegiatan pecah rumah.

“Semakan mendapati suspek pertama mempunyai sembilan rekod jenayah dan dua rekod dadah manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Dua warga asing pecah rumah sekitar Ampang dicekup

Jelasnya, kumpulan ini dipercayai telah aktif melakukan jenayah sejak tiga bulan lalu dan polis berjaya menyelesaikan enam kes melibatkan pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama dua hari dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This