PD menanti, Tambun menunggu, Anwar dalam dilema pilih kerusi PRU-15?

Dari Penulis

SEBAGAI anak jati Cherok To’ Kun, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah meninggalkan Parlimen Permatang Pauh – kerusi yang ditandingnya buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1982.

Namun menerusi satu gerakan politik yang mencetuskan pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Port Dickson lima bulan selepas PRU-14, Anwar bertanding di situ dan ini kali pertama dalam sejarah politiknya menjadi Ahli Parlimen selain Permatang Pauh.

Memandangkan latar belakang politik Port Dickson bukan seperti Permatang Pauh, ramai bersepuklasi yang Presiden PKR itu akan mencari kawasan baru atau lebih selamat untuk ditandingi pada PRU-15.

Apatah lagi diuar-uarkan ada kemungkinan seorang berstatus heavyweight iaitu Menteri Persekutuan dari Negeri Sembilan juga sudah melakukan ‘kerja’ di Port Dickson.

Hari ini, Anwar ketika ditemui media di Ipoh memaklumkan memang terdapat cadangan untuk beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU-15 ini.

Pada masa sama katanya, pimpinan PKR Port Dickson juga merayu supaya beliau kekal bertanding sekali gus mempertahankan kerusi tersebut.

Menjelaskan lanjut, Anwar berkata, beliau bagaimanapun belum memutuskan sama ada PD atau Tambun kerana fokus parti ketika ini adalah berkaitan jumlah kerusi dan jentera pilihan raya terlebih dahulu.

“Anda fikir macam mana? Kalau anda kata boleh, saya akan fikirkan. Ia satu cadangan yang sedang saya pertimbangkan.

“PKR Cabang Tambun ada usulkan, namun saya belum putuskan lagi. Kawan-kawan di Port Dickson pula merayu minta saya kekal di sana. Saya kena fikir dahulu,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak di Ipoh hari ini.

Ketua PKR Cabang Tambun, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dilaporkan mahu memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU-15.

Memetik laporan Bernama, keputusan itu telah dipersetujui di peringkat akar umbi menerusi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang sebelum ini.

Kerusi Parlimen Tambung disandang Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menyentuh mengenai kerusi dan calon bagi PKR Perak untuk PRU15, Anwar berkata perkara itu akan dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Presiden.

Terdahulu beliau berkata mesyuarat pada hari ini bersetuju untuk melantik Ahli Parlimen Tanjung Malim yang juga Naib Presiden PKR Chang Lih Kang sebagai Pengerusi MPN Perak bagi penggal 2022 hingga 2025.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This