Kerajaan pertimbang bina kampus baharu UniKL di Kuala Lumpur

Dari Penulis

KERAJAAN sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Kuala Lumpur bagi menyokong misi pengantarabangsaan universiti berkenaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pembinaan kampus itu juga dijangka mampu melonjakkan peranan UniKL sebagai instrumen pertumbuhan ekonomi negara.

“Ia juga bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke Malaysia,” katanya dalam ucapan aluan sempena majlis Konvokesyen ke-17 dan ke-18 UniKL, hari ini.

Istiadat tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor UniKL.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mahdzir yang juga Pro-Canselor UniKL berkata kerajaan akan terus membantu perkembangan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (T-VET) yang diperjuangkan oleh UniKL termasuk membuka kampus baharu di Perlis dan Pahang dalam bidang logistik lestari, kejuruteraan air, teknologi pertanian dan teknologi bangunan.

Baca artikel berkaitan: KPLB peruntuk RM1.5 juta bangunkan kompetensi pendidik Mara – Mahdzir

Katanya, ia juga termasuk pembinaan kampus satelit di Kota Kinabalu, Sabah.

Berkongsi pencapaian UniKL, Mahdzir berkata universiti yang menyambut ulang tahun ke-20 tahun ini berada antara 15 universiti Malaysia yang berada dalam kedua-dua ranking universiti terbaik dunia.

Ia adalah berdasarkan pengiktirafan oleh Times Higher Education dan QS University Ranking.

“Program sains komputer, kejuruteraan dan kewangan Islam yang ditawarkan oleh UniKL pula tersenarai dalam ranking mata pelajaran terbaik,” katanya.

Dari segi kebolehpasaran graduan pula, beliau berkata kesemua 12 kampus UniKL tersenarai di kedudukan 20 tertinggi dalam kalangan universiti dan kolej swasta berdasarkan laporan kajian pengesanan graduan yang dijalankan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sebanyak 10,547 graduan terlibat dalam majlis konvokesyen bagi 2020 dan 2021 yang tertangguh sejak dua tahun lepas.

Ia diadakan sebanyak 13 sesi bermula hari ini hingga 17 Ogos.

Dengan jumlah ini, UniKL telah melahirkan 73,317 alumni termasuk graduan yang diraikan hari ini.

Majlis tersebut turut meraikan graduan sulung bagi program Sarjana Pengurusan dan Operasi Maritim serta Sarjana Pengurusan dan Kejuruteraan Kualiti.

Turut diraikan 70 graduan sulung program Huffaz profesional.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This