Sewa premis perniagaan agensi kerajaan turun hingga 20 peratus

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR sewa bagi semua premis perniagaan di bawah agensi kerajaan diturunkan antara 10 hingga 20 peratus mulai bulan depan.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara tersebut telah pun dibincangkan pasukan itu dalam mesyuarat lalu dan dipersetujui Jemaah Menteri, semalam.

Menurut beliau, penurunan kadar sewa itu turut melibatkan premis perniagaan yang disewakan kepada peniaga kecil sama ada menjual makanan atau menyediakan perkhidmatan.

Annuar memaklumkan, inisiatif itu merupakan satu lagi usaha tambahan dilakukan kerajaan untuk menyambung langkah termasuk dilakukan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah memberikan pengecualian bayaran sewa selama enam bulan kepada penyedia makanan di kampus-kampus universiti.

“Berikutan langkah itu, mereka juga secara sukarela telah menyediakan makanan pada harga murah termasuk minimum RM3.50 dan terbukti boleh (dilakukan).

“Maka, kita ingin memperluaskan dasar kecaknaan kepada rakyat dan peniaga kecil di mana premis termasuk di bawah agensi kerajaan lain hendaklah menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Peniaga patuh, 17 peratus jual di bawah harga maksimum – Annuar

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, penurunan kadar sewa melebihi tahap 20 peratus yang ditetapkan itu juga amat digalakkan.

Mengambil contoh tindakan dilakukan Kementerian Wilayah Persekutuan, Annuar memaklumkan bahawa kementerian berkenaan telah menawarkan potongan sewaan sehingga 50 peratus di premis-premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Tindakan sama telah dilakukan Perbadanan Putrajaya yang menurunkan kadar sewaan di semua medan selera, kios, trak makanan, lot-lot kedai dan sebagainya.

“Ini hendaklah disusuli oleh kementerian dan agensi lain selari keputusan yang telah direstui dalam mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

“Apa yang penting adalah satu tindakan simbolik bahawasanya harga barangan atau makanan hendaklah diturunkan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Penampang

SEORANG lelaki ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium dipercayai terjatuh dari tingkat 26 bangunan itu di Penampang, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This