‘Tidak lapuk, boleh guna 25 tahun lagi’ BNS jawab dakwaan

Dari Penulis

KEBANYAKAN peralatan yang disimpan di gudang tidak lapuk seperti didakwa dan masih boleh digunakan untuk projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard (BNS), Kepten (B) Azhar Jumaat berkata, dakwaan itu tidak begitu tepat kerana terdapat peralatan yang berada dalam fasa usang namun belum lapuk.

“Sejumlah RM1.7 bilion peralatan dan sistem yang diperoleh disimpan di dalam gudang. Ia disimpan bagi tempoh yang lama dan memerlukan pemeliharaan dan penyelenggaraan semasa dalam simpanan.

“Semua peralatan itu telah diperakui dan bukan lapuk serta boleh digunakan selama 25 tahun dari sekarang.

“Peralatan seperti set televisyen adalah untuk kegunaan pada waktu senggang dan tidak boleh dibandingkan dengan peralatan kritikal misi seperti senjata api serta peluru berpandu,” katanya semasa lawatan media ke limbungan dan gudang syarikat itu di Lumut hari ini.

Azhar berkata demikian dalam reaksi terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan projek LCS iaitu 15 peratus daripada peralatan yang disimpan di dalam gudang telah lapuk.

Baca: Proses pemulihan LCS jadi fokus sekarang – Hishammuddin

BNS tunjuk bukti LCS bukan projek halimunan

Sementara itu, Azhar berkata, BNS komited untuk menyiapkan pembinaan enam LCS TLDM.

Azhar berkata, lima LCS sedang dibina secara serentak dengan kapal pertama sudah 60 peratus siap manakala empat lagi masing-masing di peringkat 48, 43, 36 dan 22 peratus siap.

Beliau bagaimanapun berkata, pembinaan kapal keenam belum dimulakan.

“Daripada RM6 bilion yang diperuntuk bagi projek ini, sebanyak RM1.8 bilion dalam bentuk peralatan dan sistem telah dipasang pada kelima-lima kapal,” katanya seperti dilapor Bernama.

Pada 5 Ogos lepas, dilaporkan bahawa BNS telah menawarkan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan semua langkah yang perlu bagi memastikan projek LCS disiapkan demi kepentingan pertahanan negara.

Menurut syarikat itu, ia menyokong sepenuhnya langkah pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam salah laku susulan laporan PAC.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan agar beberapa individu yang dikaitkan dengan projek LCS bernilai RM9 bilion didakwa di mahkamah.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ia telah melengkapkan beberapa kertas siasatan berhubung individu yang terlibat dalam projek kontroversi itu dan sudah merujuk kertas tersebut kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This