MAHA 2022 capai sasaran 1 juta pengunjung – PM

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menyokong MAHA dan menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Ismail Sabri dalam hantaran itu turut berkongsi mengenai lawatan beliau buat kali kedua ke MAHA 2022 petang ini bagi mengunjungi pavilion semua negeri untuk melihat produk-produk keluaran, makanan serta kebudayaan setiap negeri. 

Ismail Sabri Yaakob meninjau pavillion Perak dan negeri-negeri lain dalam lawatan kali kedua beliau ke MAHA 2022 petang ini di MAEPS Serdang./Gambar FB Razman Zakaria

“Gembira dapat melihat begitu ramai hadir bersama keluarga dengan semangat Keluarga Malaysia…Seronok dapat bertegur sapa dengan mereka termasuk terserempak dengan Haziq ‘ulaq besar’.

“Hampir tiga jam saya di MAHA namun banyak lagi tempat yang belum sempat dilawati,” tambah Perdana Menteri. 

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menerusi Facebook beliau berkata jumlah pengunjung secara fizikal MAHA 2022 telah melebihi satu juta pengunjung. 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Fatin Nur Aqilah kerana berjaya menjadi pengunjung secara fizikal MAHA 2022 yang ke 1,000,000 dan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan baucar bernilai RM1,000. 

“Hadiah lagi istimewa menanti pengunjung secara fizikal ke-1,100,001. Terima kasih #KeluargaMalaysia atas sokongan hadir ke MAHA 2022,” katanya. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lapan rumah di Kuala Perlis hangus terbakar

SEBANYAK lapan rumah di Kampung Seberang Alor, Perkampungan Diraja Kuala Perlis hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku awal pagi...

More Articles Like This