Eksesais Udara Shakti 2022: Pesawat terbang rendah di Kuantan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang melaksanakan satu eksesais bersama Indian Air Force (IAF) dikenali sebagai Eksesais Udara Shakti 2022 selama enam hari bermula semalam.

Sehubungan itu, Markas Tentera Udara memaklumkan orang ramai supaya tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM dan IAF terbang rendah di sekitar ruang udara Kuantan serta kawasan sekitarnya.

Menurut TUDM, pesawat kedua-dua pasukan ketenteraan itu akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu yang digazetkan kawasan latihan.

Baca artikel berkaitan: Latihan operasi, pesawat TUDM terbang rendah di Sabah

“TUDM menjadi tuan rumah bagi Eksesais Udara Shakti 2022 ini dengan konsep Field Training Exercise (FTX) dan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) itu memperkukuhkan hubungan profesional antara dua angkatan udara Malaysia dan India.

“Selain itu, eksesais ini juga akan meningkatkan kebolehoperasian dalam melaksanakan latihan bersama di peringkat taktikal, membina dan mengukuhkan hubungan ketenteraan dua hala, perkongsian kemahiran serta pengalaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Semua negeri kecuali Selangor, P Pinang terima peruntukan lebih tinggi berbanding hasil – PM

SEMUA negeri kecuali Selangor dan Pulau Pinang menerima peruntukan Persekutuan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan purata hasil...

More Articles Like This