Jangan wujudkan kabilah, semua ahli ramuan kukuhkan Bersatu – Wan Saiful

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digesa supaya tidak membanding-bandingkan antara sesama ahli kerana kehadiran sesiapa sahaja yang menyertai parti itu disifatkan ramuan bagi memperkukuhkan Bersatu.

Itu kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang melahirkan rasa sedih dengan sikap segelintir ahli parti masih membezakan antara ‘orang baru’ dengan ‘orang lama’.

Dalam sedutan video yang dimuatnaik ke akaun Facebook miliknya, Wan Saiful menegaskan, sesiapa pun yang menyertai Bersatu tidak kira sama ada sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah ahli yang mahu berjuang bersama-sama dalam parti tersebut.

Jelas beliau, perpaduan dalam parti amat penting dan jangan wujudkan kabilah yang boleh memecah-belahkan Bersatu.

“Terus terang saya sebut, saya sedih dan bimbang dengan sikap sesetengah daripada kita yang masih membezakan antara orang baru dengan lama. Ini tak sepatutnya berlaku.

“Siapa pula letak garis pemisah baru dan lama itu pada tarikh PRU-14, sebenarnya bila-bila masuk pun itu orang parti kita.

“Jangan kita biarkan ada perpecahan, jangan kita biarkan ada sesiapa yang memecahkan kita. Kalau musuh daripada luar, memang itulah kerja mereka,” katanya dalam sedutan video tersebut.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan digesa tubuh RCI siasat skandal LCS – Wan Saiful

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, tindakan beberapa kelompok pemimpin termasuk dari UMNO dan PKR yang menyertai Bersatu adalah ramuan bagi memperkukuhkan parti itu.

“Dalam kita nak menyakinkan rakyat, dalam kita nak pastikan jentera kita bergerak, kita kena pastikan juga ada perpaduan dalam parti kita.

“Betul, parti kita ini pada tahun 2016 dan 2017 pada peringkat awal mungkin yang menyertainya adalah orang seperti tuan-tuan.

“Apabila menghampiri PRU-14, ada sekelompok dua orang macam saya sertai pada tahun 2018.

“Selepas itu ada kelompok besar masuk bersama-sama Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyertai kita daripada UMNO. Tidak berapa lama selepas itu datang pula kelompok dari PKR dipimpin Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Ini semua patut dianggap sebagai ramuan yang memperkukuhkan kita,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This