Penentuan aset ketenteraan bukan berdasarkan usia semata-mata, kata Menteri Pertahanan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PENENTUAN aset ketenteraan bukan berdasarkan usia semata-mata, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Jelas beliau, ia turut mengambil kira beberapa aspek penting seperti tahap penyelenggaran, penukaran alat ganti menepati jadual serta pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menurut Mohamed Khaled, aset pertahanan yang telah lama digunakan masih boleh terus berfungsi dengan baik dan selamat selagi ia diselenggara dengan rapi dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Mohamed Khaled berkata, penyelenggaraan itu termasuk pemeriksaan rutin, penggantian komponen yang sudah haus dan ujian tahap prestasi untuk memastikan peralatan tersebut masih dalam keadaan yang selamat dan boleh digunakan dalam operasi sebenar.

“Ini bermakna, walaupun terdapat aset yang telah berusia, namun ianya masih boleh berfungsi jika mendapat sokongan senggaraan yang baik.

Dengan adanya sistem penyelenggaraan yang terperinci dan ketat prosedur, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memastikan bahawa peralatan ketenteraan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi cabaran yang akan datang,” katanya ketika penggulungan Menteri Pertahanan semasa Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara lewat petang tadi.

Beliau menjawab soalan Senator Hussin Ismail yang bertanya mengenai aset-aset ketenteraan yang usang dan lama termasuk aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, TUDM sedang melaksanakan penggantian pesawat Hawk kepada FA- 50, menaik taraf pesawat C-130, menambah pesawat Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) serta menggantikan helikopter Nuri dengan helikopter moden seperti Eurocopter EC725, AgustaWestland AW139 dan AW149.

Katanya, dengan mengambil kira kos perolehan yang tinggi, pendekatan strategik kementerian adalah mengekalkan aset utama melalui naik taraf dan pemanjangan hayat, sambil beralih secara beransur-ansur kepada platform baharu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This