MALAYSIA akan terus menyokong dan bekerjasama dalam semua program anjuran UN-Habitat yang berperanan menyelaras program serta aktiviti berkaitan petempatan manusia.
Pada masa sama, UN-Habitat juga memastikan persekitaran hidup yang berkualiti dapat dicapai.
Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menerima kunjungan hormat Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd. Sharif di pejabatnya, semalam.
Menurut Perdana Menteri, Malaysia juga mahu memainkan peranan sebagai Ahli Lembaga Eksekutif UN-Habitat mewakili Asia Pasifik agar penglibatan negara dalam agenda perbandaran mampan dapat diketengahkan.
“UN-Habitat juga komited bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meliputi aspek latihan, pembangunan kapasiti dan penyediaan pelaporan berkenaan kemajuan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat tempatan serta keperluan akreditasi dan pensijilan bagi bandar-bandar yang mencapai sasaran kemampanan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Baca artikel berkaitan: Malaysia sambut baik potensi kerjasama dengan Qatar – PM
Maimunah merupakan anak tempatan dan wanita pertama di Asia yang memegang jawatan itu.
Perdana Menteri berkata kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG serta memperluas pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu sebagai agenda semasa global.
Maimunah mula dilantik ke jawatan itu pada 20 Jan 2018 setelah menang pemilihan ketika sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 22 Dis 2017 dan disambung bagi penggal kedua dari 20 Jan 2022 hingga 19 Jan 2024.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

