Sebahagian daripada orang ramai yang hadir ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2022 (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). GAMBAR: Abd Razak Aid

JUMLAH nilai jualan di kesemua lima zon Laman Ternakan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2022 telah melebihi RM2.4 juta dengan purata kunjungan harian 30,000 orang, setakat 11 Ogos.

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata jumlah itu melebihi sasaran awal iaitu RM2 juta.

“Lembu sado yang sememangnya tarikan utama pengunjung menjadi penyumbang tertinggi prestasi berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Baca artikel berkaitan: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur MAHA 2022

Dalam pada itu, beliau berkata sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.

Mohd Termizi berkata orang ramai juga boleh berkunjung ke zon Livestock Show Valley di Laman Ternakan untuk menyaksikan demonstrasi permanian beradas, pemeriksaan kebuntingan serta pengumpulan dan analisis semen kambing dan bebiri pada dua hari terakhir MAHA 2022.

“Bagi pameran lembu penjantan baka dan teknologi penternakan pintar, pengunjung boleh ke zon Livestock Fair Valley dan Garden Hall,” katanya.

Beliau turut menyarankan pengunjung untuk ke zon Pet Valley, dengan mereka boleh bermesra, bergambar dan memberi makan kepada haiwan pada kadar bayaran berpatutan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram