Kenaikan OPR tidak menyumbang penurunan inflasi – Pemuda UMNO

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KENAIKAN kadar dasar semalaman (OPR) bukan sahaja menambah bebanan peminjam, malah tidak menyumbang kepada penurunan kadar inflasi.

Itu kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) tidak lagi menaikkan kadar faedah itu, bulan hadapan.

Menurut Asyraf Wajdi, setiap tingkat kenaikan OPR akan lebih membebankan peminjam di Malaysia berbanding negara serantau.

Beliau berkata, ini kerana hutang isi rumah berbanding nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berada pada paras hampir 90 peratus.

Dari segi teori, Asyraf Wajdi berkata, alasan kenapa OPR dinaikkan adalah untuk menurunkan kadar inflasi dengan cara memperlahankan aktiviti ekonomi iaitu mencetuskan mild recession.

Jelas beliau, sebagaimana teori monetari konvensional, BNM berharap sektor perniagaan akan mengurangkan pelaburan dan sektor isi rumah akan mengurangkan perbelanjaan di samping meningkatkan kadar simpanan.

“Dengan tingkat kadar hutang sektor isi rumah di negara kita yang tinggi, maka kenaikan kadar bunga hanya akan mengurangkan perbelanjaan isi rumah melalui pertambahan pembayaran balik pinjaman, bukannya menerusi peningkatan kadar tabungan.

“Namun begitu, oleh kerana kenaikan kadar inflasi yang berlaku bukanlah berpunca daripada lebihan permintaan sebaliknya akibat permasalahan berkaitan supply side disruption dan energy supply shock kerana perang di Ukraine, maka kenaikan OPR tidak akan berjaya menurunkan kadar inflasi.

“Ini jelas terbukti apabila Amerika Syarikat sendiri gagal menangani masalah inflasi yang jauh lebih tinggi di negara itu walaupun kadar bunga dinaikkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: OPR dijangka naik lagi secara berperingkat

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, tindakan kerajaan tidak meningkatkan harga bahan api serta mengekalkan tarif elektrik terbukti lebih berjaya mengawal kadar inflasi daripada naik terlalu tinggi seperti yang berlaku di negara lain.

Kata beliau, kejayaan itu tidak ada kena mengena dengan peningkatan OPR.

Beliau menegaskan, tambahan bebanan kewangan ke atas peminjam akibat kenaikan OPR berkemungkinan besar akan menjerumuskan lebih ramai orang kepada masalah insolvensi.

“Kenaikan OPR hanya akan memberi kelebihan kepada sektor perbankan sahaja.

“Keuntungan besar yang bakal diperolehi sektor perbankan akibat kenaikan OPR ini tiada kena mengena dengan usaha produktif sektor tersebut sebaliknya merupakan keuntungan terpijak akibat perubahan dasar monetari dibuat BNM.

“Lebihan keuntungan yang didapati secara tidak produktif seperti ini wajar dikategorikan sebagai Rentier Income kerana ia bukan sahaja tidak menyumbang apa-apa kepada pertumbuhan produktiviti malah boleh mengganggu proses pemulihan ekonomi,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiada penutupan, Hospital Segamat beroperasi seperti biasa

JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya Hospital Segamat bakal ditutup pada 1...

More Articles Like This