Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi gulai rebung madu berjintan yang Saji kongsikan ini. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN:
1 kg rebung madu
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 helai daun kunyit – siat
100 gm ikan bilis
500 ml santan pekat
400 ml air
Garam

BAHAN KISAR:
15 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
20 gm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebus rebung madu dan dituskan.
2.Satukan kesemua bahan kisar di dalam periuk bersama rebung, serbuk jintan manis, daun kunyit dan ikan bilis bersama air. Didihkan sebentar.
3.Kemudian masukkan santan, masak sehingga kuahnya sedikit pekat. Tambahkan garam secukup rasa.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram