Sedapnya bebola ayam tomato ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata cuba resipi yang sedap dan mudah ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:
250 gm isi ayam kisar
10 gm daun ketumbar – cincang
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam – tumbuk
1 sudu kecil jintan manis – tumbuk
1 sudu besar puri tomato
2 sudu besar minyak masak

BAHAN KISAR:
2 biji tomato
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
2.Masukkan lada hitam, garam dan puri tomato. Biarkan seketika.
3.Sementara itu, gaulkan ayam de ngan garam, jintan, daun ketumbar dan telur. Kemudian bulat-bulatkan dijadikan bebola ayam.
4.Kemudian masukkan bebola ayam di dalam bahan yang telah ditumis tadi. Gaulkan rata. Tutup kuali agar bebola masak.