DESAS-desus mengenai status perkahwinan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila dan Engku Emran nampaknya sudah terjawab meenerusi satu perkongsian video di TikTok.

Menerusi klip berdurasi 49 saat itu, Nabila dan anaknya Jebat Jayden sedang menunaikan solat jemaah bersama Engku Emran sekaligus menutup semua khabar angin yang mendakwa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

ARTIKEL BERKAITAN: Noor Nabila padam gambar bersama Engku Emran di Instagram, netizen mula spekulasi hubungan mereka sedang…, Noor Nabila, Engku Emran sah suami isteri – “Semuanya berjalan serba ringkas…apa yang penting kami mahukan keberkatan…”

Lebiih menguatkan spekulasi apabila tiada angin tiada ribut, media Indonesia melaporkan pasangan itu sudah sah bercerai.

Namun, entri yang dimuat naik semalam itu menangkis semua telahan tidak berasas daripada banyak pihak sehingga timbulnya isu perceraian.

Netizen juga teruja dan geli hati melihat aksi comel Jebat yang sedang bersolat namun sempat memadang kepada kamera.

“Macam-macam kejadian ketika solat ya. Mommy rakam untuk kenangan. Kantoi pula dengan anak,” tulis Nabila di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, netizen percaya Nabila dan Engku Emran masih lagi suami dan isteri biarpun ada yang mempertikaikan jika video itu adalah video lama.

“Perhatikan siapa imam tu. Bagi menjawan segala persoalan netizen.

“Video lama atau baru, kalau dia post tandanya mereka baik-baik saja.

“Kalau video lama tapi masih post maksudnya okay lah.

“Semoga sentiasa bahagia dunia akhirat. Kekal hingga ke jannah. Sempurna kehidupan dalam keimanan

“Alhamdulillah, semoga rumah tangga awak kekal hinga ke jannah. Banyak bersabar dalam dugaan hidup. Hubungan itu untuk membahagiakan satu sama lain bukan membebankan,” tulis warganet.

@noornabila00

Macam2 kejadian ketika solat ya #jebatjayden … ( nota: mommy record untuk kenangan.. kantoi pulak dengan anak) #kidsoftiktok #fyp #fypシ゚viral

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar