PERIKATAN Nasional (PN) buat pertama kali akan menganjurkan konvensyen yang akan dilangsungkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Sabtu ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERIKATAN Nasional (PN) dilaporkan sedang berusaha mengadakan satu lagi pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia susulan pertemuan dengan Perdana Menteri yang diwakili Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Bendahari PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, 4 Ogos lalu.

Memetik laporan Bh Online, Ahmad Samsuri memaklumkan, isu yang dibangkitkan PN dalam pertemuan itu memerlukan ruang baharu bagi membolehkan delegasi penuh untuk berjumpa Perdana Menteri.

Menurut Ahmad Samsuri, pertemuan pada 4 Ogos semasa hari terakhir sidang Dewan Rakyat itu merupakan pertemuan santai yang berkisar kepada isu tertangguh antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.

“Kita mengambil kesempatan mengutarakan pelbagai isu, termasuk berkaitan dengan pembangunan dan sebagainya.

“Pada pertemuan itu, banyak isu secara luaran dan umum sahaja dibangkitkan,” katanya.

Berhubung sama ada tuntutan pelantikan Timbalan Perdana Menteri dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu memberitahu, Perdana Menteri tahu tentang tuntutan berkenaan walaupun tidak disebutkan.

Baca artikel berkaitan: ‘Bersatu telah beri pandangan dan saya pun dah sampaikan pandangan..’ – PM

“Saya berpendapat, jika kita tidak sebutpun Perdana Menteri tahu mengenai tuntutan daripada PN.

“Secara rasminya memang kita masih lagi akan usahakan supaya wakil daripada PN merangka delegasi untuk bertemu dengan Perdana Menteri,” katanya.

Sabtu lalu, Perdana Menteri berkata, beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan PN yang diwakili Hamzah dan Ahmad Samsuri di bangunan Parlimen dua minggu lalu.

“Dah…hari itu saya dah kata, dah ada (pertemuan). Bersatu telah sampaikan pandangan mereka dan saya pun dah sampaikan pandangan saya…jadi setakat itu sajalah,” katanya selepas melawat Pavilion Pahang pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Eskpo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Malah, Perdana Menteri memberitahu telah mengumumkan tentang perkara itu semasa merasmikan MAHA 2022 pada 6 Ogos lalu dan mahu perkara itu tidak dibangkitkan lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram