Mangsa Nur Asyiqin Qistina M. Nor Zawawi ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik sewaktu ribut petir di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa Nur Asyiqin Qistina M. Nor Zawawi ditemui terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik tidurnya dalam kejadian pukul 4.50 petang itu.

Pengadu iaitu bapa mangsa telah membawa anak perempuannya ke Klinik Kuala Betis dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati bapa mangsa telah terdengar bunyi letupan ketika selesai solat Asar di surau.

“Bapa mangsa pulang ke rumah dan dimaklumkan tiada bekalan elektik sebelum mendapati inventor solar rumah telah rosak akibat dipanah petir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ibu mangsa kemudian memaklumkan kepada pengadu bahawa mangsa telah pengsan di tempat tidur.

“Bapa mangsa mendapati terdapat telefon bimbit dan pengecas telefon berdekatan anaknya,” katanya.

Baca artikel berkaitan : Seorang maut, kereta meletup terputus dua selepas dipanah petir

Malah, terdapat kesan melecur di tangan dan terbakar pada tilam tempat tidur mangsa.

Choon Foo berkata, kematian mangsa dipercayai disebabkan kesan renjatan elektrik daripada kejadian panahan petir di inventor solar rumah.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang pada pukul 8 malam tadi bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram