Tangkap layar rakaman memaparkan suspek ditahan polis.

SEORANG lelaki yang bertindak menyamun sebuah stesen minyak dekat Simpang Durian, hanya sempat melarikan diri kira-kira sejam sebelum ditahan polis.

Kejadian berlaku pada pukul 4.50 petang, hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, suspek berusia 39 tahun itu bertindak mengacukan parang kepada mangsa yang sedang bertugas sebagai juruwang di kaunter stesen minyak tersebut.

Mangsa yang ketakutan telah menyerahkan wang tunai hasil jualan bernilai kurang dari RM200 sebelum suspek melarikan diri dengan sebuah kereta.

“Mangsa kemudiannya menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian tersebut.
Suspek seterusnya berjaya ditahan di persimpangan Air Baning, Simpang Durian, pada pukul 5.50 petang hari yang sama,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

@utusantvofficial

Suspek berusia 39 tahun, samun wang tak sampai RM200. Kejadian di Simpang Durian, Jelebu. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan : Lolos ketika ke mahkamah, hanya mampu ‘bebas’ kurang 24 jam

Turut dirampas sebilah parang dan sabit disyaki digunakan oleh suspek semasa samun dan wang tunai yang dilarikan.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Sehubungan itu, suspek direman selama tujuh hari sehingga 21 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram