ANTARA 16 kanak-kanak Palestin yang didakwa terkorban ketika serangan Israel. - Gambar media sosial

ISRAEL mengakui membunuh lima kanak-kanak Palestin dalam satu serbuan udara semasa serangan tiga hari di Semenanjung Gaza baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu, memetik laporan media Israel pada Selasa.

Pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan Israel bertanggungjawab dalam insiden itu, yang berlaku pada 7 Ogos di sebuah tanah perkuburan di kawasan Jabaliya, utara Gaza, yang membawa kepada “kematian lima kanak-kanak kecil pada hari terakhir serangan baru-baru ini,” menurut harian Haaretz.

Dakwaan awal telah menyalahkan kumpulan Jihad Islam Palestin atas insiden itu selepas pelancaran roket yang gagal mendarat kembali ke dalam Gaza.

Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara terhadap sasaran di Gaza pada 5 Ogos, dengan menyatakan “ancaman serangan yang akan berlaku” oleh kumpulan Jihad Islam berikutan peningkatan ketegangan di seluruh wilayah Palestin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin, termasuk 17 kanak-kanak dan empat wanita, terbunuh, manakala lebih 360 yang lain cedera dalam serangan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram