Gambar hiasan

SEORANG wanita yang juga merupakan pengasuh ditahan susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki di Mutiara Magna, Kepong, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 12.01 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Paramedik Hospital Kuala Lumpur yang berada di tempat kejadian.

Polis tiba di tempat kejadian dan mendapati mangsa terbaring di atas katil dengan lengkap berpakaian.

“Pemeriksaan ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat kesan luka di dahi, mulut, hidung, kesan merah di bawah mata kiri, calar dan lebam pada belakang badan serta siku kanan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Polis siasat budak 3 tahun dipukul guru tadika

Mengulas lanjut, suspek berusia 40 tahun merupakan ibu saudara mangsa dan telah menjaga mangsa sejak dilahirkan.

Suspek ditahan reman selama lima hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

Katanya, kes kini diklasifikasikan di bawah seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram