Kes pecah amanah, Fazura lapor polis

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi, Nur Fazura belum bersedia berkongsi butiran lanjut mengenai laporan polis yang dibuat baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin mengesahkan mengenai isu pecah amanah yang membuatkan dirinya terpaksa menyerahkan semua siasatan kepada pihak berkuasa.

“Ya, saya memang ada memuat naik gambar ketika berada di balai polis menerusi laman sosial baru-baru ini.

“Apa yang boleh saya katakan ialah, laporan berkenaan membabitkan isu besar iaitu pecah amanah.

“Tetapi saya tidak boleh berkongsi butiran lanjut. Saya pasti akan memperincikan butiran kepada umum apabila tiba masa yang sesuai

“Rasanya tidak perlu juga untuk saya berkongsi tarikh serta tempat laporan berkenaan dibuat,” katanya kepada URTV.

Fazura berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Faztival Fazura 2022 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, baru-baru ini.

Minggu lalu, Fazura,39, ada memuat naik gambar di balai polis dan berkongsi di Instagram miliknya. Entri tersebut mencetuskan tanda tanya ramai pihak.

Bercakap mengenai konsert anjurannya yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 11 September depan, Fazura berharap persembahan barisan artis seperti Datuk M. Nasir, Ahmad Band, Mulan Jameela, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi itu akan sukses.

Tiket bakal dijual mulai Jumaat ini dengan harga serendah RM147.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This