Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

SEMUA penjawat awam perlu mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan dan fitnah seperti kononnya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya adalah kerajaan bersama yang menekankan konsep Keluarga Malaysia untuk kebaikan seluruh rakyat.

“Apabila tuan puan mempertahankan, tuan puan tidak berpolitik. Jangan lihat saya sebagai pemimpin politik tetapi sebagai ketua kerajaan dan tuan puanlah anggota kerajaan.

“Kerajaan ini adalah kerajaan bersama. Sebab itu saya perkenalkan konsep Keluarga Malaysia sebab saya nak kita bersama anggap kerajaan ini sebagai satu keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Baca artikel berkaitan: PN mahu adakan lagi pertemuan dengan Perdana Menteri

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, banyak kejayaan yang berjaya dikecapi kerajaan sepanjang tempoh pentadbirannya.

Jelas beliau, antaranya adalah pencapaian cemerlang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang merekodkan pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini.

Selain itu, katanya, kerajaan juga berjaya mewujudkan pekerjaan mencecah 400,000 serta prestasi nilai dagangan melepasi RM2 trilion.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram