SEORANG murid perempuan patah tangan manakala 16 yang lain cedera selepas van sekolah yang dinaiki terbabas ke dalam parit di Taman Rhu, Tikam Batu, Kedah, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kemalangan pada pukul 7.40 pagi.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan 17 mangsa termasuk kanak-kanak berusia tujuh sehingga 12 tahun dan seorang lelaki berusia 50 tahun.

Katanya, sepasukan 10 anggta dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu dan Sungai Petani telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah van sekolah yang telah terbabas dengan sendiri ke dalam parit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Dua maut, van bawa 9 pengawal keselamatan terbabas

Jelasnya, tiada sebarang mangsa yang tersepit dan pihak bomba telah memberikan rawatan awal dengan membawa tiga kanak-kanak ke Hospital Sungai Petani.

@utusantvofficial

Siasatan awal polis mengatakan, pemandu tidak mengantuk dan cukai jalan tamat tempoh pada 9.3.22. Kejadian di Tikam Batu, Kedah | 16 OGOS 2022 | 7.40 pagi | Shafizan #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu van sedang bergerak dari arah Taman Sejati menuju ke sekolah bagi menghantar murid.

Beliau berkata, pemandu van berusia 43 tahun tidak berada dalam keadaan mengantuk sewaktu memandu.

Hasil semakan mendapati cukai jalan van telah tamat tempoh pada 9 Mac lalu.

Katanya, kes kini diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram