SEORANG pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) nekad memecut merempuh sekatan jalan raya di Plaza Tol Sungai Dua hanya kerana tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian pukul 11.45 pagi semalam, suspek berusia 23 tahun memandu Perodua Alza bersama seorang rakan berusia 21 tahun.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan suspek untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan sebelum suspek bertindak memecut dan mengingkari arahan.

Pihak polis kemudian bertindak mengejar dan mengarahkan suspek untuk berhenti tetapi tidak diendahkan.

“Suspek telah melakukan aksi zig-zag sepanjang lebuhraya dari kilometer 113 sehingga kilometer 108 susur Plaza Tol Sungai Petani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek juga bertindak melanggar palang di Plaza Tol sebelum memecut ke Jalan Lencongan Barat sehingga ke lampu isyarat Laguna Merbok.

Mengulas lanjut, suspek bertindak melanggar lampu merah di lampu isyarat terbabit dan merempuh sebuah kereta Honda Accord yang dipandu remaja berusia 19 tahun.

@utusantvofficial

Polis suruh berenti, suspek dengan rakan terus larikan diri. Kejadian di Plaza Tol Sungai Petani. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

“Perodua Alza telah berpusing sekali sebelum tayar kereta di bahagian kiri meletup,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : Pemandu kereta rempuh SJR diburu polis

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dengan keluar dari kenderaan, tetapi sempat ditahan polis sehingga berlakunya pergelutan.

“Hasil pemeriksaan pada kenderaan suspek tidak menjumpai barang yang membawa kesalahan dan kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Kuala muda bagi tindakan lanjut,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram