Harga ayam standard di KL lebih murah dalam masa terdekat

Dari Penulis

HARGA ayam standard di Kuala Lumpur akan dijual pada harga RM8 sekilogram dalam masa terdekat, berbanding RM8.90 sekilogram pada masa kini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata, paras harga itu dapat dilaksanakan selepas Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan sewa premis perniagaan milik pihak berkuasa tempatan itu.

“Kita akan turunkan harga ayam di Kuala Lumpur, sekarang ni daripada RM8.90 sekilogram ke RM8 sekilogram, caranya ialah kami akan memberi kelonggaran sewa kepada premis-premis DBKL.

Baca artikel berkaitan: Kebenaran eksport ayam dipertimbang jika bekalan domestik tidak terjejas

“Kalau sekiranya menurunkan sewa tu masih belum cukup, kita akan bagi percuma (sewa) kepada premis ini untuk bolehkan mereka turunkan harga ayam dan barangan lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kementerian Wilayah Persekutuan Sihat dan Hebat hari ini.

Shahidan berkata, harga ayam standard di Putrajaya juga akan diturunkan ke paras bawah RM8 sekilogram dalam masa dua minggu akan datang, berbanding RM8.50 sekilogram ketika ini.

Pada 21 Julai lepas, Shahidan mengumumkan ayam standard di semua pasar awam di Putrajaya dijual pada harga RM8.50 sekilogram bermula Ogos, lebih rendah daripada harga siling runcit RM9.40 sekilogram.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This