Lelaki langgar kereta mengundur ditahan polis

Dari Penulis

POLIS menahan seorang lelaki yang bertindak memandu secara mengundur dan melanggar sebuah kereta di Taman Megah Ria, Masai, pada minggu lalu.

Suspek ditahan di kediamannya di Permas pada pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, punca kejadian berlaku disebabkan kenderaan Proton Wira milik suspek bergesel dengan pintu kereta sebuah lagi.

Beliau berkata, suspek kemudian meminta tuntutan ganti rugi kepada pemandu kenderaan terbabit, tetapi tidak dihiraukan.

“Akibat perselisihan faham itu, suspek bertindak melanggar kenderaan terbabit sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, suspek berusia 53 tahun bekerja sebagai jurukimpal itu berjaya ditahan berdasarkan nombor pendaftaran kereta.

Baca artikel berkaitan : Lelaki mabuk langgar tujuh kereta ditahan polis

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan orang awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This