LEGASI kepimpinan dan pemikiran Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menjaga serta menguruskan negara perlu dicontohi para pemimpin.
Bapa Pembangunan Negara itu meletakkan rakyat dan negara sebagai keutamaan dan bukannya mengejar kuasa seperti sesetengah pemimpin.
Menurut Tengku Razaleigh Hamzah, Allahyarham Tun Abdul Razak sememangnya seorang tokoh yang disegani dan mempunyai karisma tersendiri.
“Sepanjang saya menjadi ‘budak suruhan’ Tun Razak, beliau tidak pernah sama sekali ‘lost temper’ atau mengeluarkan kata-kata tidak baik terhadap sesiapa.
“Saya ingat lagi sebelum beliau meninggal dunia, kebetulan saya turut berada di London.
“Allahyarham masuk dari satu kedai ke satu kedai dan beliau ada tengok satu baju yang cantik.
“Allahyarham mencuba satu suit buatan sutera, harganya mahal sedikit. Tetapi beliau keluar dari kedai itu kemudian masuk balik.
“Saya tanya kenapa tidak beli, keluar masuk kedai. Kemudian saya bersama rakan belikan baju itu kepada beliau. Tun Razak tidak memikirkan sangat tentang dirinya (sentiasa berjimat).
“Selain itu, ada cadangan yang diutarakan kepada Tun Razak untuk membina satu kolam renang di Seri Utama.
“Namun beliau kata macam mana nak bina kerana harganya mahal. Jadi beliau kata tidak boleh kerana kerajaan tiada duit,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang sempena sambutan 100 tahun kelahiran Tun Abdul Razak Dato’ Hussein: Legasi Kemajuan Berintegriti.
Turut hadir ialah Prof. Datuk Dr. Zainal Kling; bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghandi Othman; veteran politik, Tan Sri Syed Hamid Albar; Bekas Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan peserta-peserta lain.
Baca artikel berkaitan:
Sementara itu, Ahli Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Rais Saniman berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diilhamkan Tun Razak bukanlah polisi yang bersifat perkauman.
Sebaliknya, jelas beliau, polisi itu telah menyatu-padukan pelbagai kaum dalam negara melalui polisi ekonomi.
“Kita mungkin tidak mempunyai penyatupaduan kaum, agama dan budaya dalam negara.
“Begitupun, polisi ekonomi yang adil untuk semua warganegara Malaysia mampu menghasilkan penyatupaduan kaum dalam negara,” katanya.
Tambah beliau, diskriminasi sektor swasta terhadap orang Melayu dan Bumiputera adalah hasil daripada polisi British.
Katanya, polisi semasa yang mirip dengan polisi British adalah polisi yang mementingkan tenaga buruh yang murah dan mengasingkan orang Melayu dari sektor swasta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

