SEORANG penganggur yang bertindak memukul anak perempuannya di Pangsapuri Sagaria, Ampang, ditahan di tepi Jalan Saga 6A, Taman Saga pada pukul 4 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 7.55 petang semalam, mangsa telah melihat pertengkaran antara ibu dan suspek berkenaan isu duit.
“Suspek berbangsa India telah menyuruh ibu mangsa meminta duit daripada ahli keluarga lain, tetapi enggan sehingga menyebabkan suspek marah dan menarik rambut ibu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek kemudian meminta mangsa menemani ibunya, tetapi mangsa enggan menurut arahan tersebut.
Hal itu menyebabkan suspek marah lalu menjerit menggunakan kata-kata kesat di dalam bahasa Tamil.
“Suspek bertindak menampar kepala, menolak badan, memukul dan memijak kepala mangsa menggunakan kaki,” tambahnya.
Punca kejadian disebabkan persilisihan faham berkenan isu duit dan suspek tidak berpuas hati mangsa tidak mendengar cakapnya.
Baca artikel berkaitan : Penganggur tumbuk bekas isteri selepas dihalang jumpa anak
Katanya, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.
Mengulas lanjut, ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh alkohol dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau dalam jenayah dan dadah.
Suspek kini ditahan reman sehingga Ahad dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram