PM ucap takziah kepada Tun Mohd Khalil

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan keluarga di atas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Toh Puan Zurina Kassim.


Menerusi catatan Facebook Perdana Menteri, beliau mendoakan keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.


“Salam takziah kepada Tun Mohd Khalil Yaakob dan seluruh keluarga di atas kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Toh Puan Zurina Kassim.


“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama para solehah. Al-Fatihah,” tulis Perdana Menteri.


Toh Puan Zurina meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

Zurina dilahirkan di Duyong, Melaka pada 13 Julai 1944, mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khalil pada 28 Februari 1965 pada usia 21 tahun dan dikurniakan tiga anak.

Allahyarham mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan seterusnya Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur sebelum ke luar negara selama 13 tahun bersama suami yang dilantik sebagai diplomat.

Ketika Mohd Khalil dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka, Allahyarham turut memainkan peranan dalam aspek kebajikan, termasuk menubuhkan Yayasan Toh Puan Zurina di Pantai Peringgit, Melaka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This