Nak tonton konsert Rain secara percuma? Inilah masanya!

Dari Penulis

SEMENJAK pintu sempadan dibuka, Malaysia menjadi salah satu tempat pilihan untuk artis luar negara datang membuat persembahan dan terkini, superstar korea terkenal Rain akan datang ke negara ini untuk mengadakan persembahan bersama artis tempatan Andrew Tan dan Jess Lee sempena Betadia Night pada 27 Ogos 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Rain, superstar korea yang cukup dikenali sebagai seorang penyanyi, penari, pelakon dan juga pengacara pelbagai rancangan telah dijemput ke Malaysia untuk mengadakan persembahan sejak penampilannya yang terakhir di pentas konsert di Malaysia, lima tahun lalu.

Selain daripada Rain, turut diundang dua penyanyi tempatan Andrew Tan dan Jess Lee yang bakal menghiburkan pada Betadia Night. Andrew adalah penyanyi Mandapop yang sudah lama menceburi bidang nyanyian sejak 2006 selepas memenangi pertandingan Astro Talent Quest di Malaysia dan TVB International Chinese New Talent Singing Championship di Hong Kong.

Pada 2010, Andrew mula menjadi perhatian selepas lagunya Tian Hou mula mendapat tempat di industri muzik Taiwan dan bermula disitu, dia terus mengembangkan bakatnya di bidang lakonan.

Sementara itu, Jess Lee memulakan kariernya sebagai penyanyi setelah menjadi juara dalam pertandingan nyanyian televisyen popular One Million Star (Musim ketujuh) dan berjaya mengumpulkan markah tertinggi serta memecahkan rekod pada pusingan akhir.

Kini, dia menetap di Taiwan bagi mengukuhkan lagi bakatnya.

Ketiga-tiga penyanyi itu akan tampil persembahan dan bakal menyanyikan beberapa lagu bermula jam 8 malam.

Betadia Night merupakan malam persembahan istimewa daripada bintang artis terkenal yang turut dilancar oleh hos Betadia Malaysia.

Apa yang lebih mengembirakan bagi peminat Rain, Andrew Tan dan Jess Lee, Betadia Night adalah satu persembahan percuma di mana ia membuka peluang kepada orang awam untuk menyertai peraduan untuk mendapatkan tiket di talian secara percuma.

Untuk mendapatkan tiket percuma, orang awam perlu mengikuti langkah-langkah untuk mendaftar di dalam talian.

Untuk maklumat lanjut tentang program Betadia Night dan cara mendaftar untuk melihat persembahan secara langsung artis kesayangan anda, sila ikuti laman Facebook Betadia Malaysia di https://www.facebook.com/betadiamy/ dan http://www.betadia.asia/.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This