Lesap RM13,000 dalam 30 minit, Doktor kecewa tahap keselamatan bank

Dari Penulis

LANGSUNG tiada sekuriti. Itu reaksi seorang pakar perunding perubatan dan nefrologi, Dr Rafidah Abdullah setelah kehilangan wang simpanannya dalam sebuah bank sebanyak RM13,000.


Berikutan itu katanya, dia amat kecewa dengan perkhidmatan bank berkenaan yang didakwa tidak mempunyai tahap keselamatan sewajarnya.


“Takkan lah 3 transaksi melalui bank berjumlah RM13 ribu pada pukul 2-2:30 pagi tidak ada trigger langsung? Langsung tidak ada minta TAC. Lesap dalam sekelip mata.


“Ini mengarut. Nampaknya duit sudah tidak lagi selamat dengan bank itu,” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi.

Katanya yang sudah hampir 30 tahun menggunakan perkhidmatan bank berkenaan, beliau sudah membuat laporan dengan bank, polis dan pihak berkaitan lain.


Namun jelasnya, maklum balas diterima adalah kalau scammer sudah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan. 


“Tidak apa. Saya redha.Yang pastinya saya langsung hilang kepercayaan dengan bank berkenaan. Saya akan tutup akaun saya di dalam masa terdekat ini. 


“Hati-hati, mungkin berlaku kepada anda!,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This