Mangsa ditemui maut dalam kejadian di Tasik Perdana. GAMBAR: Polis.

MAYAT seorang wanita warga emas yang ditemui terapung di Taman Botani, Tasik Perdana, pagi tadi dipercayai membunuh diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 9.39 pagi.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 15 minit kemudian dan pihak polis telah meminta bantuan menaikkan mayat yang berada di dalam tasik kira-kira tiga meter dari tebing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Mayat wanita tanpa identiti ditemui terapung

Mayat berjaya dibawa naik pada pukul 10.12 sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Beliau berkata, mangsa berbangsa Cina berusia 68 tahun itu disahkan meninggal dunia dan punca kejadian masih di dalam siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram