Empat Menteri Kabinet wakili pelbagai kaum dalam bual bicara khas Rabu ini

Dari Penulis


EMPAT menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum bakal  membincangkan isu perpaduan dan patriotisme dalam satu rancangan bual bicara khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022. 

Mereka ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan HKHM 2022, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Keempat-empat mereka yang mewakili Merdeka Kuartet akan menjadi tetamu khas dalam rancangan Merdeka65 yang akan disiarkan di saluran berita Astro Awani Rabu ini, jam 8.30 malam. 

Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan selaku Sekretariat Media dan Publisiti HKHM 2022 Datuk E. Sivabalan berkata perbincangan mereka dijangka berkisar kepada semangat Keluarga Malaysia dan prinsip Rukun Negara. 

“Fokus adalah mengenai pentingnya seluruh rakyat bersama berganding bahu meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi memastikan kebersamaan dalam semangat Keluarga Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Sempena bulan Kemerdekaan, harga tiket konsert Hetty Koes Endang diberi diskaun

“Bersama-samalah kita semua tunggu mesej dan amanat menteri-menteri dan kami memohon kepada Keluarga Malaysia supaya sama-sama menonton rancangan tersebut,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Sivabalan turut mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos bermula 7 pagi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This