Sempena bulan Kemerdekaan, harga tiket konsert Hetty Koes Endang diberi diskaun

Dari Penulis

KONSERT Jubli Emas Hetty Koes Endang serta makan malam esklusif di Manhhatan Ballroom , Hotel Berjaya times Square, Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini, mendapat sambutan hangat daripada peminat penyanyi versatil itu.

Sehingga kini, tiket sudah habis terjual sebanyak 85 peratus.

Majlis makan malam yang membariskan barisan pemuzik pemuzik professional dengan sebanyak 15 buah lagu akan diperdengarkan itu turut mendapat sentuhan pengarah muzik berpengalaman iaitu Datuk Ramli MS.

Sepenjang dua jam beraksi, Hetty akan memastikan setiap penonton akan terhibur dengan lagu-lagu yang pernah hits Antaranya Kasih, Berdiri Bulu Romaku, Tak ingin sendiri dan banyak lagi.

Gandingan bersama Ramli MS yang bertindak sebagai pengarah muzik untuk konsert ini pasti akan menjadikan konsert ini luar biasa. Malah menurut Bunda Hetty, muzik Tok Ram sangat hidup dan sentiasa yang terbaik.

Ujar Hetty, peluang meraikan sambutan 52 tahun sebagai penghibur di Malaysia adalah satu hadiah yang paling manis buatnya.

Konsert anjuran Mahajaya Empire Sdn.Bhd, itu menawarkan potongan harga tiket sebanyak 31 peratus bagi tiket platinum bersempena bulan Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini.

Bagi yang ingin membeli tiket boleh layari laman sesawang ilassotickets.com atau hubungi 0192299717 dan 0129858809.

Harga tiket : RM11,700 – VVIP (Table untuk 6 pax)
RM8,700 – VIP (Table untuk 6 pax)
RM6,640 – Platinum (Table untuk 8 pax)
RM4,560 – Gold (Table untuk 8 pax)

VVIP RM1190.00 (per pax)
VIP RM1450 (per pax)
Platinum RM830 (per pax)
Gold Rm570 (per pax)


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Mama takut kecewakan kakak lagi…,” – Demi impian Tiara nak adik, isteri Achey cekal tempuh rawatan IVF

DI sebalik tawa dan jenaka yang sering menghiburkan jutaan peminat, pelawak popular Achey memendam hasrat dan tekad yang besar...

More Articles Like This