Mesyuarat tergempar untuk desak Perdana Menteri tangguh kes Najib?

Dari Penulis

DESAK Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO untuk mengarahkan kehakiman menangguhkan kes Datuk Seri Najib Tun Razak selama tiga bulan.

Memetik laporan Suara TV, desakan itu merupakan satu daripada tiga perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tergempar Ketua-Ketua UMNO Bahagian bersama Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bermula tengah hari tadi.

Menurut sumber, ada sebilangan Ketua-Ketua UMNO Bahagian mendesak agar Ismail Sabri masuk campur dalam kes mahkamah.

Selain itu, dikatakan terdapat juga desakan untuk Perdana Menteri menasihati Peguam Negara agar mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Baca artikel berkaitan: TERKINI: Perjumpaan tergempar isyarat UMNO mula langkah segerakan PRU?

Begitupun, difahamkan, sebahagian Ketua Bahagian menentang cadangan tersebut kerana ia merupakan salah guna kuasa dan menghakis pengasingan kuasa.

Antara yang menentang desakan tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim.

Perjumpaan ditangguhkan memandangkan Ahmad Zahid perlu hadir ke prosiding perbicaraannya dan menanti kehadiran Perdana Menteri.

Difahamkan, mesyuarat mahukan kehadiran Ismail Sabri dan Ahmad Zahid bagi merungkai isu-isu yang berbangkit dalam UMNO.

“Bincang isu-isu semasa, macam-macam isu.

Dimaklumkan cuma 73 Ketua UMNO Bahagian yang hadir sedangkan jumlah keseluruhan 191.

Antara yang dilihat hadir Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Jamal Yunus.

Sebahagian Ketua UMNO bahagian tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan notis yang singkat jam 11 malam tadi.

Sementara itu, Seorang Ketua UMNO Bahagian di Perak menafikan bahawa ada desakan agar Perdana Menteri masuk campur dalam kes perbicaraan Najib di Mahkamah Persekutuan.

Penafian itu dilakukan beliau menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam kumpulan Whatsapp bahagiannya.

Difahamkan, kenyataan tersebut berkata Ketua-Ketua UMNO Bahagian hanya memohon budi bicara Perdana Menteri agar memberi peluang Mohd Najib mengagungkan kesnya.

“KUB semua bersetuju tidak campur hal mahkamah tapi minta diberi peluang kepada Datuk Seri Najib Razak menangguhkan kes dan menerima keterangan bukti pembelaan serta mahkamah perlu bersikap adil tanpa tekanan dari mana-mana badan politik.”

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This